Grand Premier PLT (LLP0021922-LGN) atau ringkasnya Grand Premier merupakan sebuah syarikat swasta yang memberi konsultansi professional secara percuma kepada semua penjawat awam di seluruh Malaysia. Wakil-wakil kami juga dikenali sebagai Perunding Pemilikan Hartanah Sektor Awam (PPHSA) yang menawarkan perkhidmatan kepada penjawat awam melalui pemilikan harta pengkhususan kepada pembiayaan perumahan sektor awam, pemilikan harta tanah juga pembinaan dan pengubahsuaian rumah.
Sehingga kini, kami telah mengembangkan sayap ke seluruh negara dengan kekuatan lebih 120 perunding profesional dan bilangannya makin meningkat dari semasa ke semasa.
Dalam menghadapi suasana pandemik Covid-19 ini, kami menggunakan pelbagai mod perhubungan di mana komunikasi dibuat melalui applikasi atas talian seperti E-mel, WhatsApp & Zoom di samping penghantaran dan penyerahan dokumen melalui khidmat penghantaran kurier. Kami memastikan semuanya kekal efisyen walaupun pergerakan fizikal adalah terhad.
Sebelum negara dilanda pandemik Covid-19, kami juga menjalankan signature seminar yang bertajuk “Bijak Kewangan, Pencen Bergaya” yang kami reka khusus untuk kerjasama dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan bagi membantu memberi kesedaran pengurusan kewangan kepada kakitangan mereka. Melalui seminar dan kempen ini, kami menyasarkan setiap orang penjawat awam untuk memiliki sekurang-kurangnya satu rumah dan berpencen tanpa hutang.
Kami amat mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan baik di peringkat negeri dan pusat dan kami bersedia untuk membantu penjawat awam memiliki rumah idaman mereka. Hubungi kami, dan kami akan datang kepada anda!